Pages

Bobo Parody - Institusi Pendidikan yang TERCABAR & TERCALAR !


Assalamu'alaikum,

Gempak tak tajuk? Ha macamana, dah tengok ke video ni? Mesti kebanyakan rakyat Malaysia yang aktif ber'Youtube' dan ber'Fb' kenal siapa Bobo ni. For me personally kadang2 terhibur gak tengok video parody Sayang dia tu sbb memang x tahan tergelak-gelak. Tapi bila fenomena sudah menjadi virus yang merebak sehingga ke dalam institusi pendidikan, di mana kredibiliti para pendidik lebih-lebih lagi yang perempuannya kita tengok semua bertudung sempurna. Tercabar & tercalar sungguh!

Allahu akbar. Mungkin sebab nak raikan hari guru, cikgu-cikgu pun turut enjoy, jadi la sporting sekali sekala untuk berseronot-seronot dengan anak2 murid, tapi ni siap panggil Bobo lagi, depan semua student buat aksi2 parody Sayang yang saya rasa paling tidak pun cikgu-cikgu tu tak payah la buat sama, biar Bobo je yang buat. Nampak sama level ilmu mereka nanti. Huhu, maafkan saya cikgu-cikgu sekolah berkenaan -_-

Apa-apahal pun mungkin cikgu-cikgu ni terlebih suka kot sebab diraikan, jadi kadang2 kita ni sebagai manusia memang ada tersilap langkah, perkara yang asalnya kita rasakan kecik jadi heboh dek kerana ianya dibawa ke skop yang lebih luas. Bila dah ada handphone dan aksi masing2 dirakam, pelbagai tafsiran termasuklah kejian dan persepsi negatif yang terpaksa diterima. Semoga isu ni boleh jadi pengajaran kepada sekolah berkenaan dan institusi2 pendidikan yang lain. Bajet sekolah masih banyak lagi boleh digunakan utk manfaat para pelajar, panggil pelawak2 solo yang boleh bagi input positif melalui outstanding comedy macam Afdlin Shauki pun okay kalau taknak panggil penasyid sekalipun..hehehehe

Tambahan sikit, bayangkanlah di peringkat sekolah pun dah masuk unsur2 hedonisme sebegini, macamana la anak-anak didik ni nak menghadapi dunia universiti yang memang kita sedia maklum tak terbendung konsert-konsert yang jemput artis pelik-pelik, pergaulan yang tidak terbatas, dan macam-macam lagi.

Semoga kita selalu bermuhasabah, tahu beza baik dan buruk, dan sentiasa perbaiki diri, mudah-mudahan jadi insan yang berguna buat semua, saling memberi manfaat dan mengambil manfaat. Okay u ols, sekian dan assalamu'alaikum :-)

Gossip Bermoral

Assalamu'alaikum,

Apa khabar semua? Ok kali ni rasanya macam nak 'bergossssipp' sket lah kan..hahaha..Actually takde lah gosip sangat pun, cuma dek terlalu muak dengan cerita yang hampir sama keluar paper setiap hari.

Anak Vs Emak

Ehem..lately kisah seorang pelakon yang saya memang tak kenal, muka tu pernah la nampak, tapi menjadi famous sebab kes gaduh dengan ibunya sendiri..You know who kan..hehe

Saya taknak ulas isu tu sebab ni bukan blog gossip okayyy, kalau nak gossip2 sila ke beautifulnara. Hoho. Saya nak beri pandangan je tentang isu ni. Pada saya, in everything you do sampai emak sendiri pun dah boleh hentam melalui media, memang itu adalah keputusan terakhir yang seorang mak akan buat setelah anak tak sedar2 diri, lebih2 lagi anak ni public figure, memang mengaibkan dan saya berfikir macamana la kekasih hatinya tu yang turut sama campur tangan dalam ketegangan yang berlaku dalam keluarga lelaki ni, one day nanti nak mengadap emak lelaki ni dan tampil sebagai bakal menantu. Saya rasa ianya sesuatu yang agak memalukan

Apa-apahal pun untuk semua pembaca dan untuk renungan diri saya sendiri, awek tu boleh dicari, tapi emak memang tiada penggantinya. Berlapang dada lah bila menerima teguran, merendah diri lah memohon maaf, dan elakkan terjadi musibah dan fitnah yang lebih besar. Orang yang melihat dari jauh bertepuk tangan melihat keruntuhan akhlak anda. Ingatlah, kalau awek marah kita masih boleh masuk syurga lagi, (kecuali awek marah sebab kita taknak solat), tapi bila emak mengalirkan air mata kerana hatinya tertusuk duri dek perbuatan anaknya, bau syurga pun tak sampai pada kita. Sila renung-renungkan ye.

Ditangkap Khalwat, Tunang Tetap Setia

Okay, opssssss!! tak habis sampai cerita itu..One more story yang saya rasa nak jadi reporter gak pada penulisan kali ni, hehe, iaitu kes seorang pelakon lelaki ni ditangkap khalwat, yang mana memang telahpun disahkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri. Yang menariknya ialah, dia ditangkap dengan perempuan lain, DAN tunangnya sendiri masih menaruh kepercayaan yang tinggi pada si lelaki ni. Allahu akbar. Betapa besarnya cinta dan kepercayaan tunangannya ni sampai dah jadi sebegitu pun masih setia di sisi lelaki ni.

Pandangan peribadi saya, untuk wanita2 pembaca blog saya ni yang mungkin dah berpunya dan sedang menuju ke alam rumahtangga, samada dah berkawan dan sedang merancang ke alam perkahwinan, ataupun yang sedang bertunang, ini adalah tanda2 atau petunjuk yang Allah nak bagitahu kita tentang siapa pasangan yang akan kita nikahi.

Dalam tempoh pertunangan yang mana kita sangat2 digalakkan utk tidak menghebohkannya, kita diberi peluang oleh agama utk mengenali hati budi tunangan kita dengan ada landasan yang digariskan, dan adalah tiada apa yang perlu dimalukan sekiranya pertunangan itu putus di tengah jalan. Ini kerana pertunangan itu rasulullah kata kena rahsiakan, kalau tak jadi so takpe, bukan jodoh kita, no big deal sampai nak malu satu kampung.

Yang jadi masalahnya ialah pertunangan dicanang macam dah kahwin, kemudian mungkin tiada jodoh, maka pertunangan putus di tengah jalan, itu memang akan terpalit tompok hitam dalam hidup kita atas asbab kita sendiri yang memulakannya dengan fitnah. Kita dan family sendiri malu pada orang2 lain.

Sebab tu apa yang digariskan oleh Islam itu sangat indah dan memang bertujuan menjaga maslahah atau kepentingan umatnya. Mungkin sesetengah kita agak terkeliru dek ADAT dan SYARIAT. Adat hanya membezakan kita mengikut keturunan dan suku kaum, tapi syariat membezakan kita dengan agama lain, dan secara tidak langsung membezakan antara penghuni syurga atau penghuni neraka.

Sekian gossip bermoral daripada saya. Hehe. Semoga ada manfaat dari perkongsian ini. Terima kasih kerana membaca. Jupo lagi deh. Assalamu'alaikum ;-)



Trivia Halim Ahmad:
Sekadar perkongsian, saya mula menghubungi isteri saya ini sebelum kami berkahwin pada Ramadhan 1434H (sekitar Julai 2012), terus berjumpa dan menziarahi  ayah serta keluarganya sendiri pada 31 Ogos 2012,  kemudian keluarga kami bersetuju untuk kami bertunang pada 16 November 2012, dan bernikah pada 9 Februari 2013. Tarikh pertunangan kami almost genap 3 bulan dan terus melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah, bila perkara baik itu dilaksanakan dengan cepat, Allah mempermudahkan ia dengan semudah2nya dan mengelakkan fitnah antara kami. :)

Menyesal kahwin...

Suatu masa lalu yang tak berapa nak jauh dari masa sekarang, saya ada berjumpa seorang wanita ni atas urusan kerja. Kalau ikutkan memang dah kategori makcik, tapi mungkin dia tak perasan kot sekarang dah masuk tahun 13 tahun melepasi millenia, so dia membahasakan dirinya akak sahaja. Ok lah takde masalah pun kak...

Perangai Akhlak akak ni lain macam sikit. Gaya cakap macam orang ada ilmu agama, tapi yang tak seronoknya banyak pulak ayat-ayat yang terpacul dari mulut dia seolah-olah letak bakul kain dalam lif, pastu masuk dalam bakul tu, then tekan butang naik tingkat paling atas sekali. Paham kan? 

Tengah berbincang tetiba termasuklah sekali isu kehidupan seharian. Saya cakap lah yang tengah sibuk betul sekarang ni, lagi pulak dah lepas kahwin ni kena serius lah tentang hal ehwal rumahtangga. Dialog kami lebih kurang camgini:

Me   :   "Busy sketla kak sekarang ni, baru lepas kahwin pun banyak kena kerja sana sini..bla bla bla.."
Makcik aka Akak : "Ha tu la, sapa suruh kahwin awal sangat .."
Me   : "Awal apanyer kak, saya dah umur 27 tahun ni, tak lama dah nak masuk 30"
Makcik aka Akak : "Huh..akak kalau diberi pilihan sekarang, AKAK TAKNAK KAHWIN, BIAR MEMBUJANG SAMPAI SEKARANG sebab boleh bla bla bla.."

Saya terkedu gak kejap dengar ayat akak tu. Dengan mimik mukanya, intonasi suaranya, kita terdengar macam dia menyesal dengan perkahwinan tu. Lebih-lebih lagi pulak alasan yang diberikan macam tak puas hidup kat dunia ni. Saya tak dapat bayangkan macamana lah kalau anak-anak dia dengar emaknya cakap macamtu. Seolah-olah macam tak redha dengan kelahiran diorang, tak redha dengan kehidupan rumahtangganya. Walhal saya rasa suami dia mungkin okay memandangkan everything suami dah sediakan. Oh ye, kebetulan akak ni menelefon suaminya dan cara percakapannya, melenting-lenting telinga saya dengar. Macam suami tu takde perasaan.

Mudah-mudahan ALLAH melembutkan hati akak tu supaya sekurang-kurangnya dia rasa menyesal sebab dah terlepas cakap dan takkan ulangi lagi. Bayangkanla kalau depan suami dia cakap macamtu, dan suami dia plak jenis hati touching macam diriku ini, memang dan dan time tu gak usung beg trolley balik kampung. Buat semua pembaca yang disayangi khususnya yang dah berkahwin, kalau kita redha dengan pasangan kita yang redha dengan kekurangan dan kelemahan kita, itu tandanya ada rahmat ALLAH dalam rumahtangga yang kita bina. Sekian motivasi diri. Hehehe. Assalamu'alaikum ;-)

Pakej Bajet Ke Seoul, Korea - Anda Sudahpun Beli Tiket Penerbangan Tapi Tiada Pengurusan Ground ?


Assalamu'alaikum semua :)

OK saya janji kali ni last posting pasal Seoul atau Korea atau Backpacker ke Korea atau Melancong ke Korea atau Jalan Jalan Ke Korea atau apa2 yang seumpamanya. Lepas ni Jom Backpacker dah ada website sendiri dan sesiapa yang nak tahu pasal pakej2 yang kami tawarkan boleh pergi direct ke website nya ye. Hehehe.

Untuk pengetahuan anda, selain menawarkan pakej2 Jom Backpacker mengikut tarikh yang diatur oleh kami, anda juga KALAU DAH BELI TIKET FLIGHT SENDIRI terutamanya kerana teruja dengan promosi giler2 murah yang di offer oleh Airasia contohnya TAPI TAK TAHU MACAMANA PENGURUSAN di Korea nanti, JANGAN RISAU, kerana JOM BACKPACKER sedia membantu :-)

Contact nombor di atas, SMS boleh, Call pun boleh. Oh ye, nak email pun boleh. Just email details anda seperti BERAPA ORANG YANG DAH BELI TIKET, TARIKH FLIGHT, BERAPA HARI, dan hantarkan ke JOMBACKPACKER@GMAIL.COM. Kami boleh quot harga yang paling best & murah, serta cadangan jadual perjalanan anda di sana.

So apa2hal boleh segera contact kami kerana kita dah ada banyak tarikh yang dah siap dibooking, mungkin tarikh anda perfgi tu masih available utk kami bawa anda. Baiklah, jumpa lagi dan terima kasih kerana membaca :-) Assalamu'alaikum !

Jom Backpacker Musim Luruh, SEOUL KOREA, 1-5 November 2013


Assalamu'alaikum semua,

Apa khabar semua? Ok kali ni nak copy paste je ayat2 Jom Backpacker yang lepas. Hehe. Baiklah. Jom Backpacker kini kembali lagi utk trip musim luruh dari 1 hingga 5 November 2013 dengan harga macam biasa serendah RM 1050 sahaja seorang, di mana bayaran termasuk:

1) Penginapan di Guesthouse dengan kemudahan WIFI, mesin basuh, peti ais, TV, dan lain2

2) Makanan dan minuman halal

3) Pengangkutan dengan subway

4) Tiket masuk ke lokasi-lokasi lawatan seperti Pulau Nami (Winter Sonata), Gyeongbokgung Palace, dan lain2


Juga dimaklumkan harga ini TIDAK TERMASUK:

1) Tiket penerbangan pergi balik (Tiket boleh check di AIRASIA.COM; pergi 1 November 2013, balik 5 November 2013)

2) Duit poket

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara lokasi-lokasi lawatan kita nanti ialah;

1) Masjid Utama Seoul, di Itaewon

2) Seoul Tower, di Namsan Park

3) Gyeongbokgung Palace

4) Cheongyecheon Stream

5) Pulau Nami

6) Insadong

7) Myeongdong

8) Namdaemun Market

dan banyak lagi...

------------------------------------------------------------------------------------------------------

OK, beberapa soalan yang sering diajukan kepada saya, contohnya:

1) Tiket penerbangan pergi/balik, kena beli sendiri atau saya tolong belikan?

Jawapan: 
Dua-dua boleh. Kalau anda biasa beli tiket sendiri, better begitu. Tapi kalau nak saya tolong belikan pun boleh, saya akan tengok harga tiket semasa, dan saya akan bagitau berapa total harga tiket then anda masukkan duit ke no. akaun bank yang saya berikan untuk saya uruskan pembelian tiket

2) Boleh ke saya naik MAS selain daripada Airasia?

Jawapan:
Maaf, tidak dibenarkan kerana untuk memudahkan urusan pengambilan dan pengurusan para peserta.

3) Takde diskaun ke untuk kanak-kanak??

Jawapan:
Untuk kanak-kanak berumur BAWAH 2 TAHUN, 80% diskaun diberikan

4) Bila tarikh tutup penyertaan?

Jawapan:
Tiada tarikh tutup. Bila kuota 20 orang dah penuh automatically saya akan tutup penyertaan. Siapa cepat dan bayar deposit dulu, dia akan dapat tempat, insyaAllah.

5) Kami suami isteri, boleh ke kami dapat sebilik?

Jawapan:
Boleh, tapi caj tambahan akan dikenakan memandangkan harga bilik private adalah berlainan.

6) Saya sorang je yang akan pergi. Boleh ke? Atau saya perlu cukupkan beberapa orang??

Jawapan:
Berseorangan pun kami terima sebab memang kebanyakan peserta yang sertai Jom Backpacker ini merupakan backpacker yang datang secara berseorangan. Nanti anda akan berkenalan dengan ramai rakan baru.

7) Kami ada group seramai 8-10 orang, boleh ke kami nak plan trip kami sendiri?

Jawapan:
Dengan ahli kumpulan minimum 11 orang, saya akan menyediakan 1 pakej khas mengikut kehendak anda; tarikh, lokasi lawatan, penginapan, aktiviti, semuanya mengikut perancangan anda dan saya akan berikan harga terbaik dan terendah tanpa mengabaikan kepuasan pelanggan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah, untuk apa-apa pertanyaan lanjut, boleh terus emelkan ke JOMBACKPACKER@GMAIL.COM atau sms/call terus ke no. 017 6986 765. Sila drop email anda di ruangan komen jika perlukan Quotation dan Itinerary. Sekian.

Terima kasih :-) Assalamu'alaikum.


Shopping di Korea (Go Green!)

Assalamu'alaikum,

Apa khabar semua? Fuhh lama betul tak menulis sesuatu. Sokmo cerita pasal trip ke Korea je kan. Ok takpe, lepas ni Jom Backpacker ada website sendiri, so blog saya ni bulih la kembali menjadi blog yg normal tanpa iklan-iklan perniagaan :p hehe.

Baiklah, kali ni nak share tentang pengalaman bershopping di pasaraya kat Korea ni. Ohhh nampaknya masih tak lari dari topik Korea ye. Hihi. Maaflah ye. Sekadar berkongsi yg mungkin kita boleh ambil manfaatnya. Yup, it's about Go Green.

Apa itu Go Green? Sama je dengan istilah Recycle, Bumi Hijau, dan yg sewaktu dengannya, iaitu mengurangkan penggunaan bahan-bahan yg mengandungi chemical yang tidak terlupus atau akan merosakkan sistem hijau bumi kita ni. Sejauh mana perkara ni kita implement di Malaysia? Oh ya kita ada hari sabtu di kebanyakan pasaraya yang mengenakan sekitar 20 sen untuk caj beg plastik. That is one of the efforts yang kita dah buat dan kita harus menyokongnya dengan BUKAN membeli plastik itu, tapi BAWA SENDIRI beg/plastik kita sendiri dari rumah in order to reduce the plastic consumption.

Ok back to apa yang saya nak share ni. Di Korea ni (cakap macam dah menetap di Korea..puiii..hehe), apa yang menariknya ialah diorang provide gak beg plastik dengan harga 350 Won sehelai. TAPI juga ada 1 sudut yang menyediakan kotak-kotak utk digunakan membungkus barangan yang kita da beli, especially barangan basah, dengan PERCUMA.


Kotak-kotak terpakai pelbagai saiz


Selotape untuk wrapping, gunting juga disediakan


Pembungkus yang handsome adalah paling penting..huahuahua

For me amalan ni sangat bagus & kita pun rasa ohsem je sebab dapat rasa lifestyle yang cambest gini. Lepas bungkus-bungkus tu terus keluar market & naik teksi. Ohh, memang rasa bermakna betul hidup ni..Hehe. OK sampai sini dlu perkongsian untuk kali ini. Untuk pengetahuan semua saya sekarng berada di Korea dan lepasni ada banyak cerita-cerita baru nak dikongsi. Baiklah, selamat bersambung di post seterusnya. Cuba jadi rajin update cerita2 terbaru. Doakan kerajinanku ye. Take care semua, assalamu'alaikum :)

Jom Backpacker ke Korea - 23-27 April 2014


Assalamu'alaikum semua,

Apa khabar semua? Jom Backpacker kini kembali lagi serentak dengan tawaran istimewa yang diberikan oleh Airasia.com. Untuk pengetahuan anda, sekrang ni Airasia tengah tawarkan harga tiket yang sangay murah & awesome untuk trip musim bunga 2014. Jadi bersempena dengan itu kami di Jom Backpacker juga nak buka penyertaan 5hari4malam dengan harga macam biasa serendah RM 1050 sahaja seorang, di mana bayaran termasuk:

1) Penginapan di Guesthouse dengan kemudahan WIFI, mesin basuh, peti ais, TV, dan lain2

2) Makanan dan minuman halal

3) Pengangkutan dengan subway

4) Tiket masuk ke lokasi-lokasi lawatan seperti Pulau Nami (Winter Sonata), Gyeongbokgung Palace, dan lain2


Juga dimaklumkan harga ini TIDAK TERMASUK:

1) Tiket penerbangan pergi balik (Tiket boleh check di AIRASIA.COM; pergi 23 April 2014, balik 27 April 2014)

2) Duit poket

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara lokasi-lokasi lawatan kita nanti ialah;

1) Masjid Utama Seoul, di Itaewon

2) Seoul Tower, di Namsan Park

3) Gyeongbokgung Palace

4) Cheongyecheon Stream

5) Pulau Nami

6) Insadong

7) Myeongdong

8) Namdaemun Market

dan banyak lagi...

------------------------------------------------------------------------------------------------------

OK, beberapa soalan yang sering diajukan kepada saya, contohnya:

1) Tiket penerbangan pergi/balik, kena beli sendiri atau saya tolong belikan?

Jawapan: 
Dua-dua boleh. Kalau anda biasa beli tiket sendiri, better begitu. Tapi kalau nak saya tolong belikan pun boleh, saya akan tengok harga tiket semasa, dan saya akan bagitau berapa total harga tiket then anda masukkan duit ke no. akaun bank yang saya berikan untuk saya uruskan pembelian tiket

2) Boleh ke saya naik MAS selain daripada Airasia?

Jawapan:
Maaf, tidak dibenarkan kerana untuk memudahkan urusan pengambilan dan pengurusan para peserta.

3) Takde diskaun ke untuk kanak-kanak??

Jawapan:
Untuk kanak-kanak berumur BAWAH 2 TAHUN, 50% diskaun diberikan

4) Bila tarikh tutup penyertaan?

Jawapan:
Tiada tarikh tutup. Bila kuota 20 orang dah penuh automatically saya akan tutup penyertaan. Siapa cepat dan bayar deposit dulu, dia akan dapat tempat, insyaAllah.

5) Kami suami isteri, boleh ke kami dapat sebilik?

Jawapan:
Boleh, tapi caj tambahan akan dikenakan memandangkan harga bilik private adalah berlainan.

6) Saya sorang je yang akan pergi. Boleh ke? Atau saya perlu cukupkan beberapa orang??

Jawapan:
Berseorangan pun kami terima sebab memang kebanyakan peserta yang sertai Jom Backpacker ini merupakan backpacker yang datang secara berseorangan. Nanti anda akan berkenalan dengan ramai rakan baru.

7) Kami ada group seramai 8-10 orang, boleh ke kami nak plan trip kami sendiri?

Jawapan:
Dengan ahli kumpulan minimum 11 orang, saya akan menyediakan 1 pakej khas mengikut kehendak anda; tarikh, lokasi lawatan, penginapan, aktiviti, semuanya mengikut perancangan anda dan saya akan berikan harga terbaik dan terendah tanpa mengabaikan kepuasan pelanggan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah, untuk apa-apa pertanyaan lanjut, boleh terus emelkan ke JOMBACKPACKER@GMAIL.COM atau sms/call terus ke no. 017 6986 765.

Terima kasih :-) Assalamu'alaikum.


Sinopsis Blogger

Assalamu'alaikum & selamat dtg. Nama diberi ialah Abd Halim Ahmad, anak jati Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Seorang graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif dari UIA Gombak. Juga merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid Malaysia, Devotees. Selain itu saya juga memiliki syarikat rakaman sendiri iaitu Neurotic Studio yang menguruskan hal-hal pembikinan album, pengurusan artis dan rekabentuk grafik.

Blog ini sekadar medium untuk saya menyampaikan informasi samada berkaitan diri sendiri, Devotees, berbentuk ilmiah, atau sekadar berkongsi pandangan terhadap sesuatu isu.

Sekiranya anda ingin memetik material yang terdapat di blog ini samada isi cerita, video, gambar, ataupun lagu, anda boleh berbuat demikian dengan meletakkan kredit atas nama blog ini.

Akhir kata, salam perkenalan & selamat bersiar :)
 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates